peace be upon to u..

Dear sisters and brothers that I love for the sake of Allah, I'm writing this to show that I DO CARE ABOUT MY SISTERS and brothers IN ISLAM and those who seek for HIS GUIDANCE = the truth (May Allah guide them!). May we meet again in Jannah! Insha Allah.



"Aku menulis hanya untuk kebaikan kepada diriku sendiri. Adapun yang terasa, terkesan, terkena, itu semua datangnya dari Allah 'azza wajalla. Kerana Allah-lah yang mempunyai hak dalam memasukkan taufik serta hidayahnya ke dalam hati sesiapapun yang Dia kehendaki. Bukan aku..."

~Pembuka Bicara~

Ya Allah..Aku pohon kepadaMu..Agar setiap orang yang membaca blog ku ini..diberikan, segala kebaikan yang terdapat padanya..dan segala kebaikan yang terkandung di dalamnya..Dan Ya Allah..Kau jauhkanlah mereka dari segala keburukan yang terdapat padanya dan juga segala keburukan yang terkandung di dalamnya..
Aamin..

mixed marriage..??hmm..

Rabu, 23 Jun 2010

"Husband saya Cina...kahwin laa campur nanti anak comel-comel, bijak-bijak tau.",ujar guru kelas saya yang berbangsa Siam sewaktu di tingkatan 3.
Dalam perjalanan ke rumah, saya ceritakan pada abah. Balas abah, "try not to study and let us see how's your result then". Ok, setuju.

Pelbagai reaksi kita dapat lihat hari ini tentang kahwin campur (muslim & non-muslim). Ada yang menyokong dan tak kurang juga yang menentang. Saya sendiri belum berkahwin dan pendapat saya pasti ada yang tempang. Penulisan saya lebih kepada pandangan seorang anak remaja berdasarkan pengalaman yang sedikit tentang, "ada apa dengan mixed marriage".



Bukan mudah berkahwin campur

Petikan akhbar sering memaparkan pasangan yang berkahwin campur akhirnya bercerai selepas tinggal sebumbung. Rata-rata beralasankan, "tiada keserasian dan sefahaman". Sungguh, waktu bercinta ramai yang buta. Yang indah-indah saja terlihat. Hidung mancung, dahi licin, mata biru. Kurang nampak aspek perbezaan fahaman dan budaya yang nyata antara mereka. Bila sudah berkahwin, si isteri marahkan suami yang makan petai. Busuk, kata dia. Si suami pula sudah sampai ke tahap mengidam, contoh dan akhirnya bergaduh dek hal seremeh ini.

Ada juga yang memeluk agama Islam semata-mata kerana hendak berkahwin. Selepas itu, solat dan puasa entah ke mana. Keberkatan rumahtangga menjadi taruhan. Si isteri tidak menghormati suami yang muallaf sebagai ketua keluarga dan si suami tadi ego untuk berguru dengan isteri demi mengenal Allah dan Rasul. Si suami yang mukallaf pula tak bersedia mendidik isteri untuk menepati garis panduan Islam dan isteri pula gagal mencorak anak seiring dengan kehendak agama. Pola seumpama ini yang berterusan, langsung membawa keretakan sesebuah institusi perkahwinan yang dituntut Islam.

Selepas mendirikan rumahtangga, perlu di fikirkan pula bagaimana hubungan dengan pihak keluarga yang bukan Islam. Pergaulan macam mana? Aurat macam mana? Bagaimana dengan sambutan perayaan, yang mana boleh yang mana tidak? Bagaimanakah mendidik anak untuk menghormati keluarga kedua-dua belah pihak, dalam masa yang sama mengekalkan jati diri seorang muslim? Takut-takut perkahwinan yang bertujuan dakwah dan menyambung silaturrahim terputus dek kejahilan sendiri. Perkara yang Islam halalkan kita haramkan dek kurang kefahaman dan kesediaan. Dan -naudzubillahimindzalik- andai kata si isteri mahupun anak-anak menarik si ayah ke neraka kerana didikan agama yang kurang sempurna. Jadi, bukanlah mudah berkahwin campur.


Tak boleh ke kahwin campur?

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Janganlah engkau nikahi orang-orang yang masih berkerabat kerana anak diciptakan laksana cahaya. Carilah wanita-wanita yang jauh dan janganlah engkau memilih yang dekat hubungannya."

(Riwayat Ahmad, Malik & Al-Nasai)

Islam sendiri menganjurkan kahwin jauh, dan perkahwinan campur mampu membawa lebih ramai insan kembali mentauhidkan Allah SWT selain mengurangkan risiko penyakit keturunan dan mendapat anak-anak yang comel sebagai bonus. Sejarah menunjukkan Nabi SAW sendiri berkahwin dengan Shafiyah binti Huyai, seorang yang baru memeluk Islam dan berbangsa Yahudi.
"Kami tidak serasi" "Budaya kami tidak sama" adalah antara alasan yang biasa didengari akibat penceraian. Selepas itu mula terdengar bisikan, "Orang Melayu ramai, mat saleh/Cina/India tu jugak yang die nak. kan dah bercerai.."


Salah siapa sebenarnya?

Jangan menunding salah pada perbezaan bangsa semata. Kalau asbab perkahwinan campur puncanya, kadar penceraian sesama bangsa Melayu pun boleh tahan banyak juga. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Keharmonian dalam perkahwinan campur mungkin nampak sukar tetapi tidak mustahil. Orang-orang hebat di sekeliling saya telah membuktikan.
Sahabat ibu saya berkahwin dengan wanita berbangsa Cina. Atas didikan si suami, isterinya kini muslimah bertudung labuh dan berjubah, malah ada antara anak-anaknya yang menghafaz Al-quran. MasyaAllah, hebat sungguh benih yang tumbuh dari wanita yang sebelumnya kafir.

Guru sejarah saya juga bersuamikan seorang yang berbangsa Jerman. Comel sangat puteri-puteri mereka dan dari perkongsiannya, keluarganya -alhamdulillah- bahagia. Asimilasi budaya yang positif menghilangkan konsep "janji melayu" dalam hidup mereka kerana suaminya sangat mementingkan masa.


Formula saya, mudah. Hendak seribu daya, mahu seribu cara. Tak salah meredah arus berkahwin campur tetapi sertakan sekali kesediaan menghadapi persepsi masyarakat yang pelbagai juga cabaran hidup yang mendatang. Peranan ini semestinya dimainkan oleh kedua belah pihak. Sedia bertolak ansur bahawa institusi keluarga ini terbina antara dua insan yang berlainan budaya. Hormati seleranya dan cara hidupnya asal tak bercanggah dengan Islam. Cukupkan diri dengan ilmu agama supaya rahmat dan redha Allah melimpah kerana perkahwinan campur ini membawa si suami juga isteri ke dunia yang berbeza dari kehidupan dua bangsa,dua fahaman sebelumnya.

Saya melihat anak hasil perkahwinan campur mempunyai bonus dari segi sosial kerana sejak kecil telah terdedah dengan hubungan kekeluargaan pelbagai kaum. Anak-anak lebih terbuka mindanya untuk menghormati fahaman lain, dalam pada masa yang sama mengekalkan jati diri seorang muslim. Cuma syaratnya, ibu bapa perlulah memainkan peranan membekalkan anak dengan didikan sepatutnya. Andai silap didikan, saya khuatir si anak mungkin mengalami krisis identiti. Nak kata melayu, pakaian serupa mat saleh. Nak kata kafir, kadang-kadang nampak juga dia solat.

"Nanti kak cik nak kerja di overseas,lah. boleh kahwin dengan mat saleh", saya berseloroh dengan umi.

"Bukan mudah kahwin campur, kak cik. Ramai bercerai-berai zaman sekarang ni.", balas umi.

"Tapi.. umi dengan abah?"

"Umi dengan abah, lain... bukan cari sendiri...", kami ketawa.


0 ulasan: