peace be upon to u..

Dear sisters and brothers that I love for the sake of Allah, I'm writing this to show that I DO CARE ABOUT MY SISTERS and brothers IN ISLAM and those who seek for HIS GUIDANCE = the truth (May Allah guide them!). May we meet again in Jannah! Insha Allah.



"Aku menulis hanya untuk kebaikan kepada diriku sendiri. Adapun yang terasa, terkesan, terkena, itu semua datangnya dari Allah 'azza wajalla. Kerana Allah-lah yang mempunyai hak dalam memasukkan taufik serta hidayahnya ke dalam hati sesiapapun yang Dia kehendaki. Bukan aku..."

~Pembuka Bicara~

Ya Allah..Aku pohon kepadaMu..Agar setiap orang yang membaca blog ku ini..diberikan, segala kebaikan yang terdapat padanya..dan segala kebaikan yang terkandung di dalamnya..Dan Ya Allah..Kau jauhkanlah mereka dari segala keburukan yang terdapat padanya dan juga segala keburukan yang terkandung di dalamnya..
Aamin..

WAHAI SAUDARAKU...

Ahad, 20 Jun 2010

Saudaraku..
Laluilah dengan tenang di tengah-tengah keriuhan dan kesibukan pentas dunia ini dan ingatlah bahawa segala ketenteraman lahir dari JIWA yang suci..

Seberapa yang terdaya semaikan benih kemesraan pada setiap insan serta kekalkan semangat muhibah dan berbudilah bahasa setiap masa.

Lahirkan dengan perlahan dan tegas perkara-perkara yang hak..

Dengarlah kata-kata keluhan setiap daripada mereka walaupun membosankan atau jahil.Mereka juga mempunyai kisah hidup pahit manisnya..

Jauhilah mereka yang kasar dan sombong kerana mereka ini adalah pengacau jiwa halusmu..

Jika engkau selalu bandingkan dirimu dengan yang lebih tinggi,mungkin engkau akan rasa kecil dan kecewa.Tetapi ingat,di setiap lubuk dan pelusuk dunia ini ada yang kurang nasib baiknya daripadamu..

Berbanggalah dengan segala titik peluh usaha dan rancangan masa depanmu..

Berhati-hatilah dalam mengatur pekerjaan dan urusanmu kerana dunia ini penuh dengan segala tipu helah..

Janganlah pula engkau selalu mempunyai sangkaan buruk pada setiap sesuatu..

Ramai di antara mereka yang berjuang untuk hidup perlukan keberanian dan pengorbanan.Teruskan hidupmu yang sederhana dan dengan yang terdaya..

Usah hidup berpura-pura..

Ambil pengajaran dari masa silammu..

Tanamkan JIWA keimanan dan isikan ia dengan titisan cahaya ilmu yang suci..

Hargailah dirimu..

Kamu ditakdirkan berada di sini,maka sujudlah kepadaNya dengan HATI yang tenang dan JIWA yang khusyuk..

Berhati-hatilah merintis jalan hidup ini..

bertaffakurlah..

dan berkomunikasilah dengan Allah sepanjang masa..

0 ulasan: