peace be upon to u..

Dear sisters and brothers that I love for the sake of Allah, I'm writing this to show that I DO CARE ABOUT MY SISTERS and brothers IN ISLAM and those who seek for HIS GUIDANCE = the truth (May Allah guide them!). May we meet again in Jannah! Insha Allah.



"Aku menulis hanya untuk kebaikan kepada diriku sendiri. Adapun yang terasa, terkesan, terkena, itu semua datangnya dari Allah 'azza wajalla. Kerana Allah-lah yang mempunyai hak dalam memasukkan taufik serta hidayahnya ke dalam hati sesiapapun yang Dia kehendaki. Bukan aku..."

~Pembuka Bicara~

Ya Allah..Aku pohon kepadaMu..Agar setiap orang yang membaca blog ku ini..diberikan, segala kebaikan yang terdapat padanya..dan segala kebaikan yang terkandung di dalamnya..Dan Ya Allah..Kau jauhkanlah mereka dari segala keburukan yang terdapat padanya dan juga segala keburukan yang terkandung di dalamnya..
Aamin..

berserah@ambil mudah??

Ahad, 20 Jun 2010

Perbezaan Berserah dan Ambil Mudah.
Apabila kita ambil mudah, kita akan berasa seolah-olah kita berserah tetapi tidak. Ambil mudah bermakna kita hanya menerima KETENTUAN Allah SWT TETAPI TIDAK mengikut KETETAPAN Allah SWT.
Sebagai contoh. Jika kita ditakdirkan kaya, kita dikatakan ambil mudah jika kita hanya menerima ketentuan kaya TETAPI TIDAK mengikut ketetapan kaya. Apakah ketetapan kaya?
Allah SWT menetapkan mereka yang kaya perlu berzakat, banyakkan derma, bantu anak-anak yatim dan mereka yang miskin. Banyak lagi ketetapan yang Allah tetapkan untuk mereka yang kaya.
Begitu juga dengan yang miskin. Kita menerima ketentuan kemiskinan yang Allah berikan tetapi kita perlu mengikut ketetapan Allah SWT. KetetapanNya adalah kita kena keluar daripada kemiskinan kerana kemiskinan mampu membawa kita kepada kekufuran. Islam melarang umatnya miskin. Jika kita tetap miskin, kita juga mesti tetap terus berusaha dengan sabar dan solat.
Sama juga halnya dengan kepandaian. Jika kita ditakdirkan pandai kita mestilah menerimanya disamping mengikut ketentuan yang ditetapkan Allah ke atas orang yang pandai. Orang yang pandai ditetapkan untuk memberi ilmu kepada orang yang tidak berilmu- zakat ilmu. Orang yang pandai tidak boleh sombong, bongkak, ego, riak, bangga diri dan sebagainya. Inilah ketetapan untuk mereka yang pandai.
Orang yang bodoh juga wajib menerima ketentuan yang dia adalah orang yang bodoh. Dia juga perlu mengikut ketetapan Allah SWT iaitu mestilah menuntut ilmu agar keluar daripada kebodohan.
Jika dia tidak menerima ketentuan dia adalah orang bodoh, dia dikatakan bodoh sombong. Jika dia menerima ketentuan yang dia adalah orang bodoh tetapi tidak mahu mengikut ketetapan Allah SWT, dia akan terus bodoh sehingga bila-bila dan Islam amat melarang keras umatnya menjadi manusia yang bodoh atau jahil. Kerana itu menuntut ilmu itu adalah wajib.
***
Kesimpulan
Berserah itu bersifat aktif kerana sebagai khalifah iaitu wakil Allah SWT, manusia mestilah aktif untuk mentadbir alam ini. Berserah ini menenangkan kerana kita hanya melakukan apa yang terdaya dan segalanya terserah kepada Allah SWT yang Maha Mengkehendaki.
Tarikan atau kehendak Allah SWT adalah kehendak yang Maha Kuat. Tiada satu pun makhluk ciptaan Allah SWT yang mampu melawan tarikan Allah SWT. Jika kita berkehendak berlawanan dengan kehendak Allah SWT, kita tidak mampu berbuat apa-apa melainkan berdoa pada Allah SWT. Namun keputusan yang hak adalah atas keputusan Allah SWT. Kita menerima sahaja kehendak Allah SWT.
Oleh itu setelah kita katakan kita berserah pada Allah SWT, mengapa kita GELISAH memikirkan keputusan Allah SWT yang bakal terjadi? Serahkan sahaja dan kita tidak perlu lagi memikirkannya. Allah SWT Maha Mengetahui yang terbaik untuk diri kita. Makanya kita lakukan apa sahaja ketetapan yang Allah SWT tetapkan pada kita.
Jalanilah kehidupan ini dengan benar-benar berserah 100%. Komunikasi dengan Allah SWT mampu membuatkan kehendak kita mengikut kehendak Allah SWT (berserah) dan seterusnya menghilangkan rasa gelisah di dalam jiwa.

0 ulasan: